Selasa, 31 Ogos 2010

Doa Menuntut Ilmu

" Ya Allah ajarkanlah kami bahawa belajar ini bukan untuk sesiapa tapi hanya keranaMu
Belajar ini bukan untuk diri sendiri bahkan untuk seluruh umat RasulMu
Belajar ini bukan untuk saat ini bahkan untuk sepanjang zamanMu
Ajarkanlah kami apa-apa yang kami lupa tentangMu
Radhailah setiap langkah kami kerana kepadaMu kami akan kembali"

Isnin, 23 Ogos 2010

Kata-kata indah menyambut Ramadhan


Alhamdulillah, telah 21 hari umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan 1431H, 2010M. Cepat sungguh masa berlalu tanpa disedari. Ingin ku kongsikan bersama kata-kata indah ini semasa menyambut awal Ramadhan. Pandai sungguh pencipta kata-kata ini. Selamat membaca!

Doa Malaikat Jibril menjelang bulan Ramadhan
"Ya Allah abaikanlah puasa ummat Nabi Muhammad jika apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan tiga perkara;
1. Tidak memohon maaf terlbih dahulu kepada kedua-dua orang tuanya
2. Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri
3. Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang disekitarnya
Maka Rasulullah pun ucapkan Amin 3x"

Maniskan wajahmu dgn renjisan wudhuk yang sempurna
Gagahkan langkahmu dgn kekuatan solat
Serikan rupamu dgn ketakwaan &
Romantiskan hatimu dgn bisikan kerinduan pada Ilahi
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Semoga 1 bulan mendatang penuh kesabaran
4 minggu keimanan, 30 hari keberkatan, 720 jam kasih sayang dan 43200 saat penuh senyuman
Salam Ramadhan

Wahai sahabatku,
Rebutlah dan sayangilah ramadhan
Padanya dibuka pintu syurga seluasnya
Maka masuklah kedalamnya bersama keihklasan sebagai kuncimu
Al-Quran sebagai pengiringmu,
Tahajud sebagai penguatmu
Hiasilah ramadhan dgn segala kebaikan
Insya Allah puteriku engkaulah impian firdausi
Ramadhan karim,
Mohon maaf atas segalanya
Selamat Berpuasa

Sempena Ramadhan yang menjelang
Sentiasalah setting niat, upgrade iman, download sabar, upload usaha, deletekan dosa, update doa dan top up ilmu agar boleh redeem pahala dan menjadi insan yang disayangi Allah.
Selamat menyambut Ramadhan

Perkataan yang cantik mestinya ALLAH
Lagu yang merdu iaitu AZAN
Novel yang menarik iaitu Al-QURAN
Senaman yang baik adalah SEMBAHYANG
Diet yang mujarab pula ialah tentunya PUASA
Selamat Menyambut Ramadhan

Nama saya Syaa'ban.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda tak lama lagi bersama isterinya Rezeki dan kedua-dua anaknya iaitu Sahur & Iftaar.
Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakah & Keampunan.
Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines
Hargai mereka dan anda akan mendapat pahala yang berlipat ganda! Insya Allah
Amin

"Selamat datang" dalam penerbangan RAMADHAN AIR dengan no penerbangan 1431H dgn tujuan AIDIL FITRI. Kita akan terbang di ketinggian 30 hari di atas permukaan lapar dan dahaga sebagai penumpang kita wajib memakai tali keselamatan 'PUASA' dan menegakkan kursi 'SOLAT'. Penerbangan ini bebas dari api 'PERSELISIHAN dan EMOSI'. Semoga tiba di Aidil Fitri dgn selamat. Marhaban ya Ramadhan
Kecubung batu dari Bintan,
Cantik disanding dengan berlian
Berhubung Rabu sudah Ramadhan
Salah dan khilaf mohon dimaafkan

Tiada hari seindah JUMAAT
Tiada kata seindah ZIKIR
Tiada ibadat seindah SOLAT
Tiada BULAN seindah RAMADHAN
Salam Ramadhan AL-MUBARAK dan SELAMAT BERPUASA

Begitu pantas masa bergerak
Masa berlalu meniti hari
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Semoga segala amalan di rahmati
SALAM RAMADHAN

Lambaian Ramadhan kian dinanti,
Luhurkan hati
Ikhlaskan amalan
Semoga ibadat diberkati Ilahi

Rabu, 4 Ogos 2010

Renung-renungkan


R E N U N G-RENUNGK A N:


1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan
glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----
laut dalam (sewa bot mewah)....... Kalong


.....
T E T A P I...



KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH
PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'


Umpamanya:


1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan....

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ....

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU......

7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan... . .


Contohnya:


Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &

gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita
pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,
jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..

dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...


......infiniti. ......


Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin..

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3.. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassalam.

sebar2kanlah