Sabtu, 20 Oktober 2012

Persoalan Hari Ini



Baru-baru ini pelbagai persoalan yang bermain di fikiran.
Persoalan yang begitu sukar untuk ditafsirkan secara nyata.
Persoalan yang tidak menemui titik penemuan yang dapat merungkaikannya.
Namun, ku yakin setiap persoalan pasti ada jawapannya.
Bagaimana jalan keluarnya?
Semuanya bergantung kepada kebergantungan diri kepada Pencipta yang Maha Agung.
Moga dicantumkan segala persoalan bagi menemui sebuah jawapan.

Aku adalah seorang hamba


Sabtu, 25 Ogos 2012

HADIS-HADIS SAHIH TENTANG KEHARAMAN MUZIK


Oleh: Drs. Abdul Ghani Azmi b. Hj. Idris Rahimahullah


Para Imam Mazhab Empat telah sepakat mengharamkan semua alat-alat muzik, dengan beberapa pengecualian (rebana dalam majlis-majlis perkahwinan dan dua hari raya), berdasarkan hadis-hadis yang warid daripada Rasulullah s.a.w. mengenainya.
Akan tetapi ada sebahagian ulama yang memfatwakan hukum yang berlawanan seratus peratus darjah dengannya. Yang terkenal di antaranya ialah Ibn Hazm, tokoh besar Mazhab Ad Zhahiri dalam bukunya yang terkenal "Al Muhalla". Pada zaman moden ini lahir pula beberapa orang ulama yang mengeluarkan fatwa yang serupa itu. Di antaranya yang sangat menonjol ialah Dr. Yusuf Al-Qardhawi di dalam bukunya "Al Halal Wal Haram Fil Islam". Beliau telah berkata: Adapun "Adapun dalam hadis-hadis nabi yang warid mengenainya (muzik) semuanya penuh dengan tajrih (kecacatan) dan tidak ada satu hadis pun yang terselamat dari kritikan ulama dan fuqaha hadis. Al-Qadhi Abu Bakar Ibn Al-Arabi telah berkata: Tidak ada satu hadis pun yang sahih mengenai pengharaman bunyian, manakala Ibn Hazm pula berkata: Semua hadis yang warid mengenainya adalah batil dan mauduk belaka." (Al-Halal Wal Haram Fil Islam, ms. 282)

Jumaat, 11 Mei 2012

Hari-hari....

Hari-hari dalam hidupku
Penuh dengan dengan perlbagai persoalan
Namun di sebaliknya terungkai jawapan
Dalam menongkah arus kehidupan
Pelbagai ujian ditempuhi
Pelbagai pengalaman ditimba
Mematangkan pemikiran

Terima kasih Buat-Mu

Kehidupan ini penuh onak dan duri
Pelbagai cabaran dan dugaan dihadapi
Semuanya berlaku dengan keizinan daripada-Nya
Di kala aku kesunyian Dia hadirkan teman menemaniku
Di kala aku kebuntuan Dia ilhamkanku jalan penyelesaian
Di kala aku kesedihan Dia ciptakan kegembiraan
Di kala aku kealpaan Dia ciptakan peringatan
Di saat itu ku sedari bahawa diri ini begitu lemah dan jahil
Terima kasih Allah
Kerana-Mu aku hidup dan mati 
Siapalah aku tanpa-Mu
Aku adalah seorang hamba....

Kisah Rasulullah Sebagai Pengajaran



1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.


2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga..


3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

Selasa, 17 April 2012

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak


1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

Rabu, 4 Januari 2012

9 Ciri-ciri Wanita Idaman

Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :

1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.