Khamis, 23 Julai 2009

Marwa Al-Sherbini

Thursday, July 09, 2009 : Seorang wanita Muslim Mesir di bunuh di dalam mahkamah Jerman, apa anda fikir?

Assalamualaikum.

Kisah menyanyat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab. Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.UD.U. N.G. !!

Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.

Anda tau apa berlaku sesudah itu?

Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4bulan...tragis bukan?

However last Wednesday , Alex stabbed her 18 times to death in a German courtroom after the judges announced she won the case against him, and that he had to pay 2,800 Euros as a fine for his previous insults . Lagi di sini.

Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwar yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....

...akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwar. Nah... ini baru betul2 tragis.

Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya berkesudahan ditembak.

Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan.

Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya. " Ya, ini logik pada pandangan mereka . Tapi sesekali tidak bagi kita.

Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Ermm.. logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.

Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapa perlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China . Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.

Di angkat dari:
http://artofthought s.blogspot. com/2009/ 07/soerang- wanita-muslim- mesir-di- bunuh-di. html

Komen Blog Ibnu Hasyim : Sila panjangkan cerita ini supaya kebenaran itu terserlah. Ingat Rasulullah SAW pernah pertahankan aurat wanita rakyatnya hingga keperingkat negara, begitu juga zaman pemerintahan selepasnya. Contohnya zaman pemerintahan Al-Muktasim, Khalifah sanggup menghantar angkatan tentera hanya kerana aurat seorang Muslimah, begitu juga dalam sejarah Islam masuk ke India juga ada kena mengena dengan aurat seorang Muslimah. Soal maruah dan penghinaan agama bukan soal kecil! Mati syahid dalam mempertahankan maruah agama yang diinjak-injak atau dipijak-dipijak.

Ahad, 19 Julai 2009

Sobahal khoir...

Selamat pagi dunia.,
bunyi ayam berkokok dengan tepatnya
mengejutkan hambaNya bangun bertafakur kpdNya.,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
dah lama sungguh tak update blog ni.,
tetiba pagi ni teringin nak menulis sesuatu
mungkin blog ini tak seperti blog org lain.,
yang mngkin mengulas isu semasa
mengulas politik, ekonomi, pendidikan, PPSMI dsbnya
mengkritik dan menganalisa perubahan,
namun semuanya itu terpulang pada individu masing2
padaku, blog ini adalah sebagai perkongsian pendapat dan pengalaman bersama.,
mngkin ada benar mngkin ada salahnya
namun, setiap tangan yang menulis atau jari yang menulis perlulah menulis ke arah kebaikan, menyeru dan mengajak kepada kebaikan, menjauhi kemungkaran dan mendekati Allah S.W.T

baru- baru ini ingin ku kongsikan bersama.,
seorang insan bernama mak or ibu,
ibu, bagaimana ibu boleh sesabar dan setabah itu.,
kadangkala anakandamu ini sering membuatmu marah pada fikiranku,
dikala diri ini memberontak tak menentu
dikala diri ini mengabaikan kata-kata seketika
namun ibu tak jua marah spt yg kuduga.,
ibu masih berdiam diri dan masih tersenyum memandangku
aku tertanya-tanya benarkah ibuku tidak marah?

ibu, sabarnya dirimu menghadapi segala kata2 negatif dari individu-individu yang belum mengenalimu,
ingin sahaja aku menjelaskan segala2nya utk mu
agar dirimu dihargai
agar dirimu diterima seadanya
agar dirimu dihormati,

aku kagum denganmu ibu,
adakah aku mampu sesabar mu ibu,
melayan karenah bakal anak2ku kelak
seperti mana ibu sabar dgn karenah anakmu.,
ibu, ku bersyukur mempunyaimu ibu.,
engkaulah ibu, engkaulah abah,
ya Allah, aku tak mampu membalas jasa ibu dan abahku.,
tapi kumohon ya Allah, biarlah ku dapat membahagiakan dirinya.,

ayuhlah sahabat2, manfaatkan masa yang ada
utk kita berbakti kepada keduanya atau salah satunya., jika telah tiada., jgn lupa sedekahkan al-fatihah buat arwah almarhum ibu @& bapa., kerana kehidupan kita hanyalah sementara.,
begitu juga buat peringatan diri ini, menyumbanglah semampunya kpd ibu bapa apabila telah bekerja kerna itulah keberkatan dalam kehidupan, di samping menziarahi, menjaga spt mana merka telah menjga kita waktu kecil wpun tak kan sama pengorbanan yg tlh dilakukan mereka.

'Ya Allah, Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan rahmatilah mereka sptmana mrka tlh menjagaku sejakku dari kecil, Ya Allah, Hanya Engkau sahaja yg dapat membalas semua jasa mereka...'

Rabu, 8 April 2009

Indahnya ciptaan Tuhan Pencipta alam,
menjadikan siang dan malam
malam dan siang silih berganti
bintang, bulan, matahari
semuanya memuji Sang Pencipta
Yang Tidak Tidur dan Tidak Lupa

Kehidupan dunia yang hanya sementara
5 perkara sblm dtg 5 perkara
muda dan tua
hidup dan mati
senang dan miskin
lapang dan sempit
sihat dan sakit

Segala sesuatu pasti ada hikmahnya
hikmah yang tersembunyi
agar manusia mengerti
ujian yang diberi
agar bersyukur atas segala pemberianNya
agar menghayati kejadianNya
agar kembali pada jalanNya
agar kembali mengadu merintih kepadaNya
kerana Dia rindu mendengar suara hambaNya

Ya Rabbi Hanya kepadaMu kami memohon
meminta pertolongan
mengharap keredhaan
Ya Allah
jangan tinggalkan kami
jangan biarkan kami dalam kegelapan
jangan biarkan kami dalam kemaksiatan
kami mohon ya Allah
bimbinglah kami
sedarkan kami andai kami lupa dan leka
kejutkan kami jika kami lena dalam buaian dunia
agar kami kembali kepadaMu
bersimpuh menghadapMu
mengharap rahmat dan kasih sayangMu
Hanya kepadaMu tempat kami kembali

Khamis, 1 Januari 2009

'Great Expectation'


Apa yang nak dihuraikan tentang tajuk ini? Hm, pelbagai persepsi yang kita fikirkan apabila berlakunya peristiwa ataupun kejadian di sekeliling. Biarlah apa nak dikata kerana itu adalah persepsi masing2. Mungkin juga bersesuaian dengan tajuk sebuah cerita korea yang bertajuk 'Great Expectation'. Pelbagai persepsi yang boleh anda kaitkan.

Yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan
. Inilah ungkapan yang sering didengari saban hari. Begitu juga apabila melihat cerita korea ini. Pelbagai pengajaran yang diperoleh darinya. Walau bagaimanapun persepsi orang yang melihatnya juga berbeza. ok la berikut merupakan pengajaran yang saya perolehi daripada cerita korea 'Great Expectation' ini, mungkin sama dan mungkin juga berbeza dengan anda. Apa yang penting kita berkongsi ya...=)

  • Walau bagaimana bencinya perasaan seorang anak terhadap ibu dan bapanya, tetapi benarlah air dicincang takkan putus. (sayu gak masa dia akui akhirnya seorang lelaki itu adalah bapa kandungnya).
  • Sikap manusia boleh berubah2 mengikut pengaruh persekitaran. (Dari seorang yang tak sukakan kanak2 berubah menjadi seorng yang penyayang dan bertanggungjawab).
  • Sikap mengenang budi walau di mana pun berada.
  • Naluri seorang ibu yang mempercayai anaknya sebagai pewaris hartanya (sebuah tadika) dan bertindak sebagai pengerusi di tadika tersebut walaupun ibunya tahu anaknya seorang yang keras kepala (sebnarnya anaknya terlibat dalam kumpulan gangster).
  • Kanak-kanak juga mempunyai naluri tersendiri dan memahami orang dewasa apabila ditimpa sesuatu masalah. Mereka berusaha untuk membantu walaupun sedikit.
  • Orang yang merancang rancangan jahat selicik mana pun akhirnya akan kecundang (niat jahatnya tidak berjaya dan disoal siasat polis).
  • Betullah Firman Allah yang bermaksud; "Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya). Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya)" (Surah Al-Zilzal 7-8).
Demikianlah sedikit sebanyak perkongsian cerita dan pengajaran saya pada hari ini. Insya Allah lain ketika saya berkongsi cerita lain pula. Apa yang pasti Allah adalah sebaik-baik perancang. Dialah yang mengaturkan segala sesuatu yang terbaik untuk hambaNya. Kerana Dia adalah Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang....('',)

Taubat Seorang Hamba

Irsyadee - Taubat Seorang Hamba lyrics

(featuring Hafiz Hamidun)

(Part Hafiz)

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

(Part Irsyadee)

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

(Part Irsyadee)

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

(Part Irsyadee)

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

(Part Hafiz)

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

(Part Irsyadee)

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

(Part Hafiz)

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

Salam Ma'al Hijrah 1430H

Salam Ma'al Hijrah buat semua umat Islam di seluruh dunia.,
Doa diutuskan buat sahabat2 palestin. Qunut Nazilah diutuskan buat sahabat2 di Palestin.

Lama sungguh tak update blog ni. dah dekat hampir setahun rupanya. entah la mengapa hari ini teringin nak menulis sesuatu di blog ini. ada senior pernah berkata kita mngkin banyak mengambil maklumat daripada internet tetapi amat jarang-jarang sekali menyumbang maklumat di internet untuk dikongsikan bersama. Perkongsian yang mungkin memberi manfaat kepada orang lain mahupun tidak. Namun setiap tulisan akan dipertanggungjawabkan kelak.,