Khamis, 1 Januari 2009

'Great Expectation'


Apa yang nak dihuraikan tentang tajuk ini? Hm, pelbagai persepsi yang kita fikirkan apabila berlakunya peristiwa ataupun kejadian di sekeliling. Biarlah apa nak dikata kerana itu adalah persepsi masing2. Mungkin juga bersesuaian dengan tajuk sebuah cerita korea yang bertajuk 'Great Expectation'. Pelbagai persepsi yang boleh anda kaitkan.

Yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan
. Inilah ungkapan yang sering didengari saban hari. Begitu juga apabila melihat cerita korea ini. Pelbagai pengajaran yang diperoleh darinya. Walau bagaimanapun persepsi orang yang melihatnya juga berbeza. ok la berikut merupakan pengajaran yang saya perolehi daripada cerita korea 'Great Expectation' ini, mungkin sama dan mungkin juga berbeza dengan anda. Apa yang penting kita berkongsi ya...=)

  • Walau bagaimana bencinya perasaan seorang anak terhadap ibu dan bapanya, tetapi benarlah air dicincang takkan putus. (sayu gak masa dia akui akhirnya seorang lelaki itu adalah bapa kandungnya).
  • Sikap manusia boleh berubah2 mengikut pengaruh persekitaran. (Dari seorang yang tak sukakan kanak2 berubah menjadi seorng yang penyayang dan bertanggungjawab).
  • Sikap mengenang budi walau di mana pun berada.
  • Naluri seorang ibu yang mempercayai anaknya sebagai pewaris hartanya (sebuah tadika) dan bertindak sebagai pengerusi di tadika tersebut walaupun ibunya tahu anaknya seorang yang keras kepala (sebnarnya anaknya terlibat dalam kumpulan gangster).
  • Kanak-kanak juga mempunyai naluri tersendiri dan memahami orang dewasa apabila ditimpa sesuatu masalah. Mereka berusaha untuk membantu walaupun sedikit.
  • Orang yang merancang rancangan jahat selicik mana pun akhirnya akan kecundang (niat jahatnya tidak berjaya dan disoal siasat polis).
  • Betullah Firman Allah yang bermaksud; "Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya). Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya)" (Surah Al-Zilzal 7-8).
Demikianlah sedikit sebanyak perkongsian cerita dan pengajaran saya pada hari ini. Insya Allah lain ketika saya berkongsi cerita lain pula. Apa yang pasti Allah adalah sebaik-baik perancang. Dialah yang mengaturkan segala sesuatu yang terbaik untuk hambaNya. Kerana Dia adalah Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang....('',)

Taubat Seorang Hamba

Irsyadee - Taubat Seorang Hamba lyrics

(featuring Hafiz Hamidun)

(Part Hafiz)

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

(Part Irsyadee)

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

(Part Irsyadee)

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

(Part Irsyadee)

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

(Part Hafiz)

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

(Part Irsyadee)

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

(Part Hafiz)

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

Salam Ma'al Hijrah 1430H

Salam Ma'al Hijrah buat semua umat Islam di seluruh dunia.,
Doa diutuskan buat sahabat2 palestin. Qunut Nazilah diutuskan buat sahabat2 di Palestin.

Lama sungguh tak update blog ni. dah dekat hampir setahun rupanya. entah la mengapa hari ini teringin nak menulis sesuatu di blog ini. ada senior pernah berkata kita mngkin banyak mengambil maklumat daripada internet tetapi amat jarang-jarang sekali menyumbang maklumat di internet untuk dikongsikan bersama. Perkongsian yang mungkin memberi manfaat kepada orang lain mahupun tidak. Namun setiap tulisan akan dipertanggungjawabkan kelak.,