Sabtu, 22 Mei 2010

Cinta Lagha..


Saban hari kita dgr perkataan cinta...
tapi apa itu cinta?? tapi semua sudah sedia maklum kan.. cinta lak terbahagi kpd byk kategori e.g; cinta monyet, cinta tiga segi, cinta empat segi n banyak agi sal cinta... Cinta?? sebagaimana kita tahu ia merupakan fitrah manusia lahir rasa cinta..Tapi... hari nih..sume dah berubah...manusia lebih mengejar cinta manusia.."Syarikat Couple Sendirian Berhad"-(SCSB) kian berleluasa dan semakin bercambah umpama cendawan yang tumbuh lepas waktu hujan..

Tapi cinta pada Allah dan Rasul diabaikan..Cinta pada Ibu Bapa ditinggalkan.. Cintakan al-quran...langsung ditinggalkan.. Tapi yang dicarinya cinta DENGAN AWEK..di balas dengan CINTA ZABANIAH DAN MALIK …berpunca KEMURKAAN ALLAH…hahahaha nak ke tak nak pilihlah sendiri....yela date dgn awek satu saat pom x terleawat..yela takut awek marah...date dgn Allah ( solat) dilengahkan atau terus x buat....tapi x takut balsan kat akhirat..huhu..balas sms awek berjam2 lamenya tidak mengapa...cukup masa...tapi bila suruh mengaji...berbagai alasan diungkapkan..x sempatlah..sibuklah...padahl Allah dah bagi semua orang 24 jam tapi mengapa masih x cukupkan??? Inilah manusia yang x pernah nak bersyukur dgn nikmat Allah...law awek merajuk sanggup pujuk sampai nangis2 merayu2..tapi bila diri ditarbiyah sedikit airmata pom x jatuh.. dgr cerita pasala azab neraka pun boleh gelak tawa lagi...betapa kerasnya hati manusia lantaran low nya iman...

Saya pernah tanye seorang kawan, " bez sangat ke hari-hari berkepit nga awek?'.. " ape yg ko dapat?".. dengan selamba jer dia jawab.." mestilah bez..boleh lepaskan rindu,boleh manja-manja, boleh kongsi cerita dan yang paling penting support aku"..dengan bangganye dia menjawab..namun sedarkah kita??? Ada kita rindu pada Rasulullah S.W.T, rindu pada syurga yang menanti, rindu pada zikrullah??? Ada ke?? bila cakap couple itu haram..sesetengah x boleh terima..kenapa masih nak menegakkan benang yang basah.. nak menghalalkan benda yang haram.."Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui."(Al-Baqarah ayat 42)...

Kita pun pernah dengar istilah cinta buta...memang cinta buta yela orang yang bercinta hanya akan ingat orang yang dorang cinta saja dan x endah pada orang yang disekitarnya... dah lupa kawan...lupa mak n ayah...Dorang tahu hanya dunia cinta dorang.. sampaikan sanggup korbankan kawan demi cinta pada kekasih hati..tapi last2 bila dah ditinggalkan baru cari kawan semula..kadang -kadang saya sendiri rasa nak tergelak..Ade juge yang pernah berkata kepada saya, dengan adenye makwe disisi, die boleh membangkitkan semangat untuk BELAJAR dandapatkan result yang baik..Tapi sepanjang saya belajar dan pengalaman dahulu kala, juz sebilangan kecil je dapat tu pun cukup2 makan selebihnya...phm2 jela...padahal guru2 pom selalu ingatkan.."kejarlah cita2, sebelum mengejar cinta" tapi kita tamak haloba...nak kejar semua..bajet sempatlah...last2 yang dikejar x dapat..yang dikendong berciciran.“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.Surah Al-Baqarah(2) ayat 216:..

Sayang seribu kali sayang..ramai yang tertipu dengan tipu daya syaitan..Kita saebagai manusia terlalu mengikut kata nafsu..bukankah SCSB nih dah membuka jalan untuk kita menghampiri zina..?sedangkan die tahu bahawa Firman Allah di dalam Al-Quran," Jangan kamu hampiri zina".Firman ALLAH diatas jelas menyatakan bahawa zina itu haram dan haram di hampiri dan apatah lagi untuk melakukannya.Orang yang dah bercouple ni tak terlepas dari melakukan dosa yang membangkitkan syahwatnya sendiri melakukan dosa dalam keadaan yang tidak di sedari…..Bagaimana pula boleh timbul COUPLE SECARA ISLAM??? Pelikkan……“Dari Abi Abdillah Nu’man in Basyir, Telah aku dengar dari Rasullah S.A.W, bersabda : Sesungguhnya telah nyata perkara yang halal dan telah nyata perkara yang haram…….”(Riwayat Bukhari Dan Muslim)..so, fikir2kanlah baik dan buruk couple..Amar makruf nahi mungkar...Patuhlah perintah Allah dan jauhilah larangannya...Secara automatik kita dah dapat menutup salah satu cara untuk menghampiri zina.Sebagai penutup :

“Dari Abu Hurairah berkata, Sabda Rasullah S.A.W: Daripada kebaikkan islam seseorang itu meninggalkan perkara yang tak berguna “

( Diriwayatkan oleh At Tirmidzi dan selain sepertinya)...... Nak bercinta boleh x?? BOLEH!! tapi lepas kahwinlah..... Cintailah Allah, Rasul, Iman , Taqwa, Ikhsan...Cintailah kedua ibu bapa anda dan sahabat2 anda..Lillahi taala...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan