Khamis, 22 September 2011

Heartstring



Adakah anda peminat cerita korea? Hmm, nak kata minat, boleh la tapi tak sume cite korea yang berminat untuk ditengok. Tapi apa yang pasti cerita Heartstring ni sedikit sbnyak sedikit terkesan juga. Ada yang boleh dicontohi dan ada yang perlu dijauhi sebagai individu muslim. Di sebalik kebaikannya termasuklah menghormati orang tua yang sedang berbicara dan juga hubungan kekeluargaan yang erat terutamanya ibu bapa sebagai tempat berkongsi segala masalah bagi remaja dan dewasa. Nak tahu lagi kenalah tonton cerita ni. Ambil yang jernih buang yang keruh ya!


Hari ni aku rasa down sgt. Tak tahu la kenapa tapi aku kena hadapinya dengan fikiran yang positif.  Be positive and everythings surrounding you will be positive towards you. Kebenarannya wallahu'alam tapi tak slah jika kita optimis menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan liku ini. Semuanya kembali kepada Pencipta Yang Agung. Luahkan perasaan sedih dengan mengadu kepadaNya. Pasti masalah tersebut diselesaikan dengan mudah tanpa disedari.
Hari ni aku dapat merasakan pergerakan bayi di perut seorang ibu yang penyayang. Insya Allah moga menjadi anak yang soleh dan si ibu mithali. Aku pula bagaimana? Bagaimana persiapanku sendiri sebagai seorang ibu? Seorang isteri dan yang pasti seorang anak kepada ibuku yang penyayang. Memang benar, segalanya bermula dari niat. Niat menentukan pahala dan dosa. Niat juga pengukur dalam ibadah diikuti keikhlasan beramal. Tinggal beberapa hari sahaja lagi bulan syawal akan melabuhkan tirainya. Semoga amalan di bulan Ramadhan berterusan ke bulan-bulan seterusnya. Insya Allah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan