Tips Anak Bijak
INFO: Tip untuk ibu bapa
- Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah.
- Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau
gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan
fikiran.
- Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan
dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
- Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan
kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk
membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
- Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.
FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam
- Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.
Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati
berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan
kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia
perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan
malam.
- Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan
untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk
disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat,
membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia
perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan
jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
- Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak,
mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu
mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat
diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk
ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia
diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
- Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak,
badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan
mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang
terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
- Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah
lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang
dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
- Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti
sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima
keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan