Selasa, 6 September 2011

Salam Aidilfitri 1432H. Maaf zahir dan batin



Alhmdulillah begitu pantas masa berlalu. Tanpa disedari umur semakin bertambah, tetapi adakah amalan jua bertambah? Setiap hari setiap detik, ada peristiwa yang memberi impak maksima dalam diri. Sama ada ia pahit mahupun manis ia tetap perlu dihadapi dengan tabah. Suka duka gembira dalam kehidupan. Moga kita sentiasa hadapi kehidupan ini dengan berfikiran positif. Insya Allah positif jua yang akan kita terima. Ayuh kita terus berjalan menongkah arus kehidupan yang penuh cabaran. Moga diberi kekuatan rohani dan jasmani kerana hidup hanya sekali. Manfaatkan hidup sementara demi kehidupan yang kekal abadi.... Jom hayati lagu ini....=)

Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan