Jumaat, 28 Januari 2011

Hari ini


Kehidupan ini penuh dengan pelbagai emosi. Sedih, gembira, marah, bimbang dan geram antara emosi yang bermain di hati insan bergelar manusia. Tak kira darjat, pangkat dan rupa, adanya emosi pencorak kehidupan. Emosi dikawal agar manusia tidak tenggelam dengan kehidupan dunia yang sementara. Tanpa kawalan emosi juga manusia akan hilang arah, matlamat dan tujuan. Emosi juga datangnya dari Allah SWT. Dan kepada-Nya jualah emosi dikembalikan. Tika sedih, marah, gembira dan sebagainya, ingatan kepada Allah jua perlu ada. Hal ini supaya manusia tidak alpa dan leka dengan emosi masing-masing yang akhirnya terpedaya dengan nafsu dan hasutan syaitan. Hanya dengan mengingati Allah, hati akan tenang. Itulah janji Rabb kepada hambanya.

Semua yang ada di bumi ini adalah dari Allah. Segalanya tersembunyi hikmah dan pengajaran yang tersimpan rapi. Renungan dan muhasabah, menambahkan keimanan hamba kepada Tuhannya. Ada ketika diri menyendiri, menyepi membawa diri. Di kala itu semuanya hadir membantu mengarah kebaikan dan keburukan. Hanya iman dan amalan perisai diri. Benteng kepada semua anasir luar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan