Isnin, 31 Januari 2011

~Senyumlah~



Pelbagai peristiwa berlaku hari ini.
Namun semuanya dihadapi dengan penuh sabar dan tabah.
Ambil pengajaran di sebalik apa yang berlaku.
Yang baik diteladani yang buruk dijauhi.
Buang yang keruh ambil yang jernih.
Bersyukurlah dengan apa yang ada.
Usah dipertikai apa yang tidak dimiliki dan dimiliki.
Semuanya adalah milik Allah.
Hanya kepadaNya tempat kita dikembalikan.

Hidup ini hanyalah sementara.
Yang hidup pastikan mati.
Cuma bila? Hanya Allah sahaja yang Tahu.
Setiap ketentuan juga di bawah kekuasaanNya.
Ajal maut jodoh pertemuan semua aturanNya.
Kita merancang Allah sahaja yang menentukan.
Itulah lumrah kehidupan.
Usah resah usah keliru, kembalikan segalanya kepada Yang Maha Satu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan