Selasa, 2 Mac 2010

Cinta



Kerana cinta manusia lahir ke dunia, Kerana cinta manusia berubah,
Kerana cinta manusia hilang akal, Kerana cinta manusia jadi buta, Kerana cinta manusia bersatu,
Semuanya kerana cinta.

Demi cinta ayah bertungkus lumus membanting tulang,
Memerah peluh di badan,
Di bawah terikan matahari,
Untuk mencari sesuap nasi,
Buat yang tercinta.



Demi cinta ibu berkorban,
Walaupun dirinya tersiksa biarlah yang tercinta bahagia,
Walaupun dirinya merana biarlah yang tercinta gembira
Kerana ibu bahagia demi yang tercinta.



Cinta kpd Allah yang utama
Cinta Rasulullah yang kedua
Cinta kpd Ibu Bapa,
Cinta kpd sahabat, keluarga, haiwan
Kerana cinta meliputi semua

Tanpa cinta manusia lesu, Tanpa cinta manusia tiada arah Namun cinta Ilahi mengatasi segalanya. Dialah Yang Maha Mendengar segala luahan hati Dialah Yang Maha Pengampun Dialah Yang Maha Memberi Dialah Yang Maha Pemurah Lg Pengasihani Dialah Allah SWT.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan