Khamis, 18 Mac 2010

Program Realiti: Adik-adikku

"Kak Yana, nak tgk adik2ku tak? Akhir ni... " kata sedaraku melaungkan suaranya memanggil aku ke ruang tamu.
"Adik2ku? Apa tu?" bisikku di bilik.
"Tengok ja lah", kataku sambil melangkah ke ruang tamu bersama nenek dan sedaraku yang tak reti duduk diam...

"Ooo, inilah rancangan yang nenek ceritakan tu ya?"tanyaku kpd nenek yang mengiyakannya.
Walaupun pertama dan terakhir kali aku menonton rancangan musim pe
rtama ini, namun aku rasa bersyukur akn kewujudan program ini.

Tahniah diucapkan kepada ra'es, murabbi, hakim, penganjur dan pihak yang terlibat dalam program ini.


Tahniah buat adk
Muhammad Wajih Zakwan Hanif
dari Negeri Sembilan.

Juara Adik2ku musim pertama ini.
Pidato adik memang tip top. Dgn kayu sugi n berjaya bermain emosi. Setelah meruntun jiwa pendengar, adik akhiri pidato dengan kata Salam dari Lelaki Melayu Terakhir telah menghiburkan dan melengkapkan pidato dengan sempurna. Tahniah sekali lagi! Semoga menjadi pemimpin yang disegani kelak. Semoga mengikut jejak kepimpinan Rasulullah SAW. Insya Allah, Amin. Terharu jugak akn kemenangan adik. Selamat Mengerjakan Umrah n duit tu simpan leklok ya.

Hmm.., finalis yang lain pun tak kurang hebatnya.., Masing2 ada kelebihan tersendiri dan fasih berpidato. Huhu, akak pun kalah..., tahniah buat semua finalis akhir Adik2ku..

Tempat Kedua
Muhammad Qayyim Nizar Sarimi
Kelantan

Tempat Ketiga
Muhammad An-Naim Yasim
Selangor

Finalis Akhir....


Amin Al-Hadi Ab.Hadi

Nurul Syazwina Mohd Sukri


Nor Syamira Liana Nor Ashaha

Nur Syafiqah Mohd Paris

Berikut merupakan maklumat sdkit sbnyak ttg rncangan ni....

  • Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran (MEP) JAKIM dengan kerjasama RTM telah menerbitkan satu rancangan realiti TV kanak-kanak Adik-Adikku.

  • Berkonsepkan hiburan dan pendidikan- mengetengahkan bakat seramai 20 penda'ie kecil- menunjukkan persembahan melalui pidato yang disusuli dengan tarannum, nasyid, bacaan surah dan sebagainya.

  • Penda'ie kecil ini mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada Murabbi yang terdiri daripada tokoh-tokoh agama yang terkenal di Malaysia iaitu Dr Redhuan Tee Abdullah, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Zawawi Yusof, Ustaz Zamri Zainoldin dan Ustazah Asni Abu Mansor.
  • Bertujuan membantu melahirkan karisma kepimpinan dan kebolehan kanak – kanak menjadi pemimpin masa hadapan.

  • Peserta-peserta dikumpulkan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) selama 3 minggu dan wajib mengikuti pembelajaran dalam kelas serta aktiviti riadah seperti memanah dan berkuda sehingga mereka mampu lahir sebagai pemimpin kecil.

  • Selain daripada itu, peserta-peserta juga dibawa melawat sambil belajar ke beberapa tempat seperti Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Muzium Kesenian Islam, Planetarium Negara, Aquaria KLCC, Memorial Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Memorial Tun Abdul Razak, Petrosains KLCC dan Denai Alam.

  • Pertandingan ini diadakan secara berperingkat iaitu pusingan pertama, suku akhir, separuh akhir pertama, separuh akhir kedua serta pertandingan akhir dan persembahan mereka dinilai oleh juri-juri profesional.

  • Peserta yang memberikan persembahan kurang memuaskan akan dilepaskan daripada menyertai pertandingan berikutnya.
Alhamdulillah, semoga program-program spt inilah yang dapat membimbing masyarakat utk sama2 kembali kepda perintah Allah dan RasulNya serta mengamalkan ajaran Islam. Insya Allah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan