Selasa, 16 Mac 2010

Rintihanku...

Hati kecilku berkata,
Mengapa aku dijadikan di dunia ini?
Mengapa aku dilahirkan begini begitu?
Namun jauh di sudut hati ini
Tahu akn jawapannya tp masih ingin jua diluahkan
Sebagai rintihan dan muhasabah diri.

Siapalah aku dibandingkan dengan Siti Khadijah RA
Siapalah aku dibandingkan dengan Fatimah RA
Siapalah aku dibandingkan dengan Aisyah Humaira' (Gelaran Rasulullah kepada Saidatina Aisyah RA)
Siapalah aku dibandingkan dengan wanita-wanita hebat ini?
Siapalah aku?
Kerana aku insan biasa yang serba lemah dan jahil
Namun berusaha menjadi sepertimana wanita-wanita hebat ini
Sebagai seorang ibu, isteri, anak, penghulu wanita Islam

Fikiran yang berlegar-legar mencari ruang menuturkan kata
Ini hanyalah tulisan biasa
Merenung, mentafsir, berfikir kehidupan
Dunia semakin tua
Cuaca semakin panas
Alim Ulama semakin berkurang
Diriku semakin risau
Bagaimana persiapanku menghadapi Hari Kemudian
Yang mungkin esk lusa tiada pasti tetapnya
Yang Pasti Ia akan tiba jua suatu hari nanti

Duhai manusia,
Mengapa hatimu penuh hasad dengki?
Mengapa hatimu penuh benci duka?
Tiada ruangkah utk kasih sayang?
Tiada ruangkah utk suka gembira?
Fikirkanlah sebelum buruk padahnya
Kerna Dia Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana

Ya Rabbi,
Aku bersimpuh menadah tanganku kepadaMu
Merintih, mengadu, mengharap kasih sayangMu
Betapa diri ini kerdil di sisiMu
Tiada yang dpt menguatkan hatiku melainkanMu
Tiada yang dpt menyabarkan hatiku melainkanMu
Tiada yang sukar melainkan Engkau menjadikan ia mudah
Segalanya dalam genggamanMu
Di kala aku kesepian, Engkau mengirimkan aku teman berbicara
Di kala aku duka, Engkau mengkhabarkan aku cerita gembira
Di kala aku gembira, Engkau mengingatkan aku kisah duka
Di kala aku buntu, Engkau hadirkan ilham pembuka jalan
Semuanya adalah daripada Allah
Pemilik cinta abadi
Terima kasih Ya Allah
Kerana Engkau yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Terhadap hamba-hambaNya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan